Lawatan Industri Daripada Pelajar UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi

Khamis - 16/5/2024

Sesi lawatan Industri daripada pelajar-pelajar Semester 4 UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi dalam jurusan Diploma Industri Hygiene dan Teknologi ke ZABSI. Seramai 80 orang pelajar berserta 6 orang pengiring yang hadir pada sesi lawatan ini. Lawatan ini bertujuna untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang skop pekerjaan dalam bidang Industrial Higien.
.
Sepanjang sesi ini berlangsung, pelbagai perkongsian telah dibuat oleh pihak ZABSI berkait dengan industri higien, pengalaman ZABSI selama lebih 8 tahun dalam bidang ini. Perkongsian ini dibuat oleh Pengarah Urusan ZABSI sendiri iaitu Ir. Ts. Mohd Zainudin bin A Bakar dan beberapa staf dari Jabatan Higien seperti En Hazizi selaku Pengurus Ketua Operasi, Cik Fatihan selaku Pengurus Jabatan Higien dan wakil alumni UiTM yang telah bekerja dengan ZABSI, En Aminin dan En Alif.
.
Selain itu, pelajar juga dibawa ke pusat latihan ZABSI Training Academy untuk melihat sendiri simulasi bagaimana kerja-kerja dalam industri ini dijalankan secara praktikal.
.
Semoga lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dalam usaha membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang industri higien.

16 May 2024